Thursday 6 October 2016

ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
[PENGAJIAN MALAYSIA]

PENSYARAH: 
  • PUAN LIANA


AHLI KUMPULAN: 
  1. WAN NUR ASMA BINTI WAN MOHAMAD (02DKA16F1092)
  2. NAWWAR HANIS BINTI ZOL (02DKA16F1084)
  3. AMIZATUL AIN BINTI AWANG (02DKA16F1134)
  4. NURUL INSYIRAH BINTI GHAZALI (02DKA16F1088)



PENGENALAN



Kesultanan Melayu Melaka

Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.


Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.

Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya:

  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan 


ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT POLITIK

SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA

     Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu,ekoran diripada sistem petadbiran yang sistemetik.
Sistem pentadbiran dimelaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.

     Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang
terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak
menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan
adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan
dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.
Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a) Bendahara
  • Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja.
(b) Perdana Menteri
  • Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.
(c) Penghulu Bendahari
  • Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

     Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “…with my wife and house.” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah ‘mengatur takhta kerajaan baginda’. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.
     Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.
     Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
     Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
     Menurut huraian diatas, jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara..



PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

     Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama induvidu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalam memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana
merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan.

     Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya. Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undang-undang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah sebagai “the maritime laws of Malacca”. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka.Undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.contohnya hukuman potong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hukum had dalam kesalahan jenayah pada hukum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara.
HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA

     Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang
 
terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.Kesan daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.


ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU 

MELAKA DARI SUDUT PENDIIKAN

 Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan daripada generasi kesultanan Melayu Melaka, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
  1.  Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. la masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
  2.  Pendidikan di peringkat keluarga menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
  3.  Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan.
  4.  Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubung dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan dan cara menjaga maruah.
  5.  Pendidikan melalui kaedah bercerita dengan menyerap nilai­-nilai budaya yang murni dan unsur pengajaran melalui cerita­-cerita lisan, seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
  6. .Kanak-kanak turut mempelajari pantang-larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. Dinasihatkan agar tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua.
  7.  Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki dan pepatah seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak agar berkelakuan balk dan jangan sesekali bercakap bohong.
                                                    
 PERKEMBANGAN

1. Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak lagi terhad kepada golongan atasan sebaliknya melibatkan semua golongan.
2. Dilaksanakan di beberapa tempat, iaitu istana, masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.

Pendidikan di Rumah

1. Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran.
2. Pendidikan diadakan di rumah tok guru.
3. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun.
4. Selepas waktu zohor atau maghrib.
5. Menggunakan kitab Muqaddam dan Al-Quran.
6. Tiada bayaran kepada tok guru.
7. Di masjid dan surau kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara yang wajib diketahui oleh orang Islam.
8. Pada sebelah malam pula, masjid dan surau dipenuhi orang dewasa, terlibat dalam pengajian keagamaan seperti ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf pada tahap yang lebih tinggi.

Sistem Pendidikan Pondok

1. Merupakan salah satu bentuk pendidikan formal.
2. Bermula sejak abad ke 12 Masehi di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri lain.
3. Pendidikan pondok memberi penekanan kepada ilmu keagamaan.
4. Menyediakan pelajar-pelajamya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat setelah tamat pengajian.
5. Pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang panjang, sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka. Ilmu yang dipelajari seperti fekah, tafsir, saraf, nahu Arab, tauhid, sirah, mantiq dan tawarikh Islam.
6. Sistem pendidikan tersusun.
7. Murid-murid mesti berpakaian menutup aurat.
8. Murid-murid tinggal di pondok secara berkongsi.

Sistem Pendidikan Madrasah

1. Sistem pengajian madrasah berdasarkan sukatan pe1ajaran.
2. Dilaksanakan secara kelas.
3. Terdapat jadual waktu.
4. Pendidikannya pula mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir, iaitu guru besar.
5. Perjalanan diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.

 ISTANA

1. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengajian agama seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu.
2. Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar, manakala Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
3. Ramai ulama dan pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa asing menetap di Melaka dan menyebabkan bidang pendidikan Islam bekembang dengan pesat di Melaka.
4. Kerajaan Melaka memberikan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan menyebabkan ramai yang menetap di sini.
5. Pemerintah Melaka berminat terhadap ilmu pengetahuan apabila kitab al-Dur al-Manzum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung istana Melaka.
6. Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf.
7. Semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah di Johor, istana dijadikan sebagai pusat pengajian.
8. Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.
9. Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara dan sistem politik.
                                                                      


TULISAN

1. Memperkenalkan tulisan jawi daripada huruf Arab dan dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu sebagai bahasa pengantara dengan para pedagang.
2. Tulisan jawi telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan serta menjadi hak milik orang Melayu.
3. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan istilah baru daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum.
4. Memperkayakan istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam, misalnya fikah, tauhid dan tafsir.
5. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.
 6. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantara pedagang yang singgah di Melaka.




ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU 

MELAKA DARI SUDUT EKONOMI


              Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam yang telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka dan Alam Melayu.
  1.       Melaka terbabitkan secara aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti tersebut.
  2.       Perdagangan menjadi salah satu saluran yang memesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15.
  3.       Walaupun Melaka tiada rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang luar namun kedudukannya yang strategik membantu perkembangan perdagangan.
  4.      Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing dan menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
  5.       Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana bagi manjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
  6.       Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.
  7.       Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapatnya 84 bahasa, yang dipertuturkan tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-franca kepada pedagang.
  8.       Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar dengan mengunakan sistem tahil dan kati.
  9.       Timbangan yang menggunakan dacing timbangan ialah sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu permata serta rempah ratus.
  10.       Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.

                    
                                                         
  
MATA WANG

1. Mata wang timah pada zaman Melaka, berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat.
2. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.
3. Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
4. Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin.
                                                      
                                                           


PEDAGANG

1. Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan pemiagaan dapat dilakukan.
2. Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.
3. Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.
4. Pedagang dari Jepun dan China pula dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
5. Terdapat barangan tertentu yang dikecualikan cukai seperti beras dan makanan.
6. Setelah semua cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang Sungai Melaka.
7. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai, iaitu yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus dan orang asing sebanyak enam peratus.
8. Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan dikalangan orang Islam tetapi, dibenarkan kepada golongan ceti yang memberikan pinjaman wang.
9. Pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.



RUMUSAN

Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.

     Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak.

     Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.

     Kesan dari segi pendidikan pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua franca.

PENGHARGAAN

 Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
   Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PUAN LIANA pensyarah Pengajian Malaysia kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses dalam menyiapkan tugasan ini.Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada sahabat  kerana memberi kerjasama kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga sempurna.
   Bukan itu sahaja, kami turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat melengkapkan tugasan ini dari awal hingga akhir dengan jayanya.
   Akhir sekali, harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Pengajian Malaysia serta dapat kami memanfaatkan pada masa akan datang dan dapat memudahkan kami untuk menjawap peperiksaan akhir semester nanti.


RUJUKAN

  1. http://zaman-kkmm.blogspot.my/
  2. http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/kegemilangan-melaka.html
  3. BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan , Azami Bin Man-tahun2009